Baru lepas tengok page Dato Seri Najib.
Selepas termeterai Piagam Muafakat Nasional, saya lihat DSN mula membela PAS dari serangan DAP / PAN. Boleh lihat status² beliau hari ini.
Masih teringat dahulu selepas PRU 14, seorang demi seorang pemimpin UMNO tampil menolak beliau.
JAG berkata, semua orang tahu DSN menghadapi persepsi korupsi. (Seolah² membenarkan persepsi yg dilontarkan terhadap DSN)
KN berkata, DSN sedang berhadapan dengan perbicaraan. Bukan UMNO. Jadi UMNO perlu kehadapan (tinggalkan DSN seorang diri)
AN berkata, parti melihat DSN sebagai “bagasi” (beban) terhadap UMNO.
Si kitol² tak usah cerita.
Selepas satu per satu penolakkan “sahabat²” dan “kenalan rapat” rapat DSN, akhirnya beliau mengeluarkan kenyataan –
“UMNO tidak perlu mempertahankan saya”
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/08/460103/umno-tak-perlu-pertahankan-saya-najib
…
Saya memerhati dan belajar apa yg berlaku disekeliling.
– Kawan masa senang akan hadir. Masa susah akan pinggirkan kita.
– Kita kadang² fikirkan masalah orang lain. Belum tentu org akan fikirkan masalah kita.
– Beliau naik tidak memijak lawan. Jatuh tidak menarik kawan.
Banyak lagi sikap baik kita boleh belajar dari beliau.
Tapi ialah, mungkin nasib beliau tidak baik. Agak kecewa beliau dihukum dgn persepsi sebelum pembuktian dimahkamah.
Namun itulah realiti…
Oleh Dr Aznil Hisham