Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan mendakwa tindakan Ronnie Liu yang memperlekeh kewibawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipercayai atas arahan pemimpin tertinggi parti itu.
Beliau berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memandang serius keceluparan Ronnie atau bersedia melihat Pakatan Harapan (PH) bergelumang dengan masalah dalaman.
“PH, DAP masih boleh jadi kerajaan walau tiada PPBM kata YB Ronnie Liu ADUN Sungai Pelek merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.
“Apa kata Dr Mahathir tentang kenyataan beliau ini yang mungkin atas arahan pimpinan utama DAP. Mungkin.
“PPBM cuma ada 12 kerusi sekarang jika tak dicampur 13 kerusi Barisna Nasional (BN) melompat. Retak menanti belah,”, katanya ketika menciap di akaun Twitter, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ronnie hari ini yang mengatakan PH masih mempunyai kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa kehadiran PPBM.
Ahli CEC DAP itu juga memberi amaran kepada Dr Mahathir agar tidak membuat keputusan yang bertentangan dan tidak sehaluan dengan pendirian PH.
Menurut Ronnie lagi, DAP, PKR, Amanah, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sudah mempunyai majoriti kerusi tanpa PPBM.
Mahathir: The paper tiger
https://www.malaysiakini.com/news/496880