Munasabah atau tidak?
Pemegang hak tanah negeri memberi 100% kepada syarikat swasta untuk melaksanakan projek GDV15 bilion.
Kemudian Kerajaan DAP Pulau Pinang menanggung RM8 bilion projek prasarana untuk menjayakan projek swasta.
Laporan sudah pun menelan belanja sebanyak RM305 juta dan sebanyak itu telah dibayar oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang tetapi laporan masih belum siap.
Tiada satu pun kerja pembinaan yang telah bermula.
Tetapi pemaju swasta dengan gembira membangun dan memasarkan projek Wellness City of Dreams dwngan nilai pembangunan kasar (GDV) mereka sebanyak RM15b.
Wellness City of Dreams, Tanjung Bunga adalah sebagai rundingan pertukaran tanah (land swap) bagi projek pembinaan terowong.
Syarikat yang dianugerahkan konsesi RM6.3b adalah syarikat baru dan hanya mempunyai modal berbayar RM100 ribu – 1,900 kali di bawah keperluan minima JKR untuk projek bersaiz seperti ini.