#JualNegara #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #KERAjaanTomato
Rakyat seronok dengan pesta durian murah dalam kelekaan euphoria PRU.
Durian jatuh harga sebab tiada permintaan dariChina. Itu sikit hal berbanding harga minyak sawit sudah jatuh bawah RM2,100 per ton.
Selalunya penapis sakan bila feedstock murah. Kali ini berlainan sekali.
Dapat khabar kilang penapis minyak sawit sudah tak larat nak beli kelapa sawit sejak China kurangkan dan mungkin batalkan import minyak sawit dari Malaysia.
Di satu pelabuhan yang banyak kilang penapis minyak sawit, ada 200 lori kelapa sawit tersadai.
Betul atau tidak, saya cadangkan untuk jangan sangkal terus dulu. Sepanjang 2 bulan setengah, maklumat awal saya sering disangkal kawan-kawan.
Akhirmya ternyata saham jatuh, bon gedebuk, sawit dan susu getah jatuh harga, ringgit bertambah lemah dan baru mula nak terjun, pelancung batal rancangan (belum lagi kesan dari India terhadap isu Zakir Naik), dan lain-lain.
Melihat Council of Elders dah diam. Rasa macam ada benda tak kena antara mereka dan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Mungkin sebab Daim dan Kuok gagal selesaikan isu sawit dengan China.
Industri sawit melibatkan paling kurang 800,000 rakyat. Belum cerita industri getah yang melibatkan 600,000 rakyat. Petani sawah, nelayan, penjawat awam dan lain-lain belum lagi . Drebar teksi baru sedar sudah ditipahkan.
Harap abang-abang penguatkuasa jangan sibuk sangat perihal politik tapi laporkan masaalah rakyat kepada PM yg tak dengar cakap orang.
Sudah ada debunga revolusi sosial. Orang bandar dok syok institutional reform tapi perut punya cerita kerajaan Perancis yg hebat tumbang kurang 300 tahun dahulu.
Pengundi tidak mengendahkan amaran Najib Razak Felda akan tersungkur sekiranya China tidak membeli sawit Malaysia menjelang PRU14 yang lalu.
……………….
‘Jika China tak beli sawit Malaysia, Felda tersungkur, kita tertiarap’
(Najib Razak – 4 Mei 2018)
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa jika projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibatalkan, China akan bertindak ke atas negara ini.
Pada kempen pilihan raya ke-14 di Kuala Berang, Terengganu, hari ini, Najib berkata kontraktor ECRL, China Communications Construction Company (CCCC), dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan China.
“Pembangkang kata kalau dia ada kuasa, ECRL dia nak batalkan. Batalkan ECRL ini syarikat milik penuh China.
“Yang buat (projek ECRL) itu CCCC. CCCC milik 100 peratus kerajaan China. Kalau dibatalkan kerajaan China kata kami takkan hantar pelancong ke Malaysia.
“Ada kedai bebas cukai (tetapi ) tak ada orang (datang) dah. Tauke kedai lap saja meja hari-hari. Ini bukan main-main, kawan-kain,” kata Najib.
Najib kemudian menceritakan bagaimana perbalahan antara Korea Selatan dan China pada tahun lalu menyaksikan Beijing mengharamkan pakej lawatan ke Pulau Jeju.
Pada satu ketika dahulu pelancong China dilaporkan menyumbang sehingga 80 peratus pengunjung ke Jeju. Pulau itu kini dikatakan hampir sunyi akibat perbalahan kedua-dua negara berkenaan.
Najib juga menggesa hadirin membayangkan mengenai kemungkinan jika China bertindak memulau minyak sawit Malaysia.
“Apa lagi? Dia pembeli terbesar kelapa sawit kita. Kalau dia kata China takkan beli kelapa sawit kita… Felda pun tersungkur nanti. Tertiarap kita nanti.
“Itulah dia, inilah keadaan sekarang, kalau tidak boleh uruskan dengan dasar-dasar yang jelas, rosaklah (negara) kita,” katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/423106
………………
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/china