Keputusan ‘panas’ pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) baharu, Azhar Azizan Harun ketika menaiki kerusi petang ini ialah mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, keluar Dewan sehingga tamat sesi hari ini.
Khalid Samad sejak pagi lagi cuba mencetuskan kekecohan dengan beberapa kali berucap tanpa kebenaran dan memperlekehkan keputusan Timbalan Speaker.
Khalid meneruskan ‘antic’ beliau ketika Azhar menaiki kerusi speaker setelah usul pelantikan dilulus oleh Dewan Rakyat.
Spekaer yang popular dengan nama senimannya Art Harun akhirnya mengarahkan Khalid keluar setelah beberapa kali enggan mematuhi peraturan persidangan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said, dipilih sebagai Timbalan Speaker menggantikan Nga Kor Ming.
Ahli Parlimen Teluk Intan (DAP) tersebut mengumumkan meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat sejurus sebelum usul pengguguran beliau dikemukakan oleh Kerajaan.
Menurutnya, keputusan itu adalah sebagai simbol solidariti susulan keputusan Dewan Rakyat hari ini yang meluluskan usul mengosongkan jawatan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker.
“Saya mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta. Saya hanya mahu berkhidmat kepada kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. – SUARATV