Laporan kewangan LTAT 2018 yang dilaporkan semua media utama negara menyatakan ia mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM423 juta.
Namun jika anda masih ingat pada Ogos 2018, Menteri Pengangkutan mengumumkan Kerajaan membeli semula sistem AES dari LTAT dengan harga RM555 juta.
Jika kerajaan telah membeli sistem AES ini dengan harga RM555 juta pada 2018, mengapa pendapatan LTAT hanya RM423 juta? Mustahil LTAT tidak menerima pendapatan dari perniagaan lain langsung.
Malah jika pendapatan LTAT hanya dari penjualan sistem AES sahaja ia sudah mencecah RM555 juta bukannya RM423 juta. Mengapa ia tiada dalam laporan kewangan LTAT 2018?
Inilah punca pencarum LTAT hanya dapat dua peratus dividen. Hasil jualan AES hilang.
Rujukan:
Kerajaan bayar balik duit RM555 juta LTAT untuk AES
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-bayar-balik-duit-rm555-juta-ltat-untuk-aes-183269
Oleh Ab Jalil Backer