Gambar seorang menteri PH berjalan sambil dikawal olih 6 pengawal peribadi berpakaian ‘bush jacket’ biru dan ‘name tag’ berkalung pastinya menunjukkan bagaimana tingginya pangkat menteri itu.
Ini suatu tanggapan apabila seseorang itu berjalan dengan pengawal peribadi. Ia juga membawa tanggapan bahawa orang berkenaan terancam nyawanya kerana ada pihak2 yang berniat jahat terhadapnya.
Suatu lagi tanggapan ialah bahawa negara kita tidak selamat dan adanya kemungkinan siapa-siapa sahaja dan bila-bila masa sahaja seseorang bolih diserang.
Tanggapan yang ketiga ini tidak tepat kerana dalam gambar ini, kelihatan orang awam tersenyum kearah menteri PH itu dan ramai rakyat biasa sedang berjalan-jalan dengan tenang dan fokus pada urusan masing2.
Tanggapan yang pertama tepat kerana dia seorang menteri dan tentunya seorang yang penting.
Tapi sampai 6 pengawal? Jawapannya mudah sahaja. Ianya kerana menteri PH bekerja 6 kali lebih kuat, baik dan berhasil dari menteri BN yang disediakan hanya seorang pengawal peribadi.
Ataupun dalam keadaan bahaya 6 kali lagi berat dari seorang menteri BN?
Begitu jugalah dengan keadaan seorang ketua agensi penguatkuasa dan penyiasat yang telah datang ke Johor Bahru tempohari. Saya diberitahu ketua agensi ini mempunyai 11 pengawal peribadi.
Maknanya dia bekerja hampir 2 kali lagi kuat dari seorang menteri PH yang dikawal olih hanya 6 pengawal peribadi sahaja.
Atau berada dalam keadaan 2 kali lagi bahaya dari seorang menteri PH. Dan 11 kali lagi bahaya dari seorang menteri BN?
Kesimpulannya: walaupun jumlah penjawat awam akan dikurangkan tapi jawatan pengawal peribadi tetap akan kekal dan mungkin bertambah.
Jadi, janganlah harap adanya peluang pekerjaan tinggi2 dalam pekhidmatan awam apabila ia dikecilkan saiznya. Peluang kerja yang ada ialah lantikan kontrak sebagai ‘bodyguard’ dan ‘security’ kepada orang2 penting PH.
#MalaysiaBaharuLuarBiasa
Facebook Shahrir Abdul Samad