Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan pengapungan harga petrol RON95 dan pelaksanaan PSP ditangguhkan untuk dikaji impaknya.
Mengapa tidak dijalankan kajian sebelum diumumkan pelaksanaan? Kerajaan perlu tahu membezakan umum cadangan bagi mendapat maklum balas dengan umum pelaksanaan polisi.
Tidak ada salah kerajaan mencadangkan sesuatu untuk mendapat pandangan rakyat.
Namun mengumumkan sesuatu polisi yang telah dimasukkan dalam Belanjawan kemudian ditangguhkan bagi kajian impak sangat membimbangkan.
Keputusan semberono seperti ini akan menyebabkan rakyat dan pelabur hilang keyakinan kepada kerajaan sekaligus mewujudkan keadaan ekonomi yang suram.
Oleh Ab Jalil Backer