Viral di media sosial seorang ADUN Selangor yang juga Timbalan Pengerusi Bahagian Hal Ehwal Sukan Dan Kebudayaan Negeri SELANGOR. Beliau juga merupakan Ketua ARMADA Selangor.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah syarikat peralatan sukan di Puchong yang di miliki oleh Pengerusi sukan di Sabak Bernam dan Timbalan Pengerusi Persekutuan Sukan Kebangsaan yang terkenal.
Menurut hantaran di Facebook tangkapan dibuat adalah hasil laporan orang awan berkaitan bunyi bising di premis berkenaan.
Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat penganjuran ‘private party’ melibatkan 17 orang termasuklah 6 orang wanita.
Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.
Dalam pemeriksaan mendapati wujud penggunaan dadah/judi dan saringan awal mendapati ADUN tersebut turut positif dadah.
Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.
Turut di tahan seorang pegawai khas kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan seorang Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri yang juga positif dadah.