Kalau tak menang dengan majoriti 6,000, WARISAN pendek umur
Sumber saya kenal yang merupakan funder mereka. Katanya Warisan habis RM20 juta utk kempen lawan Anifah dan BN sampai letih.
SPR hanya ekori dan pantau kempen BN. Dengan terbuka, Peter Anthony turunkan poster, bendera dan banner BN. SPR tutup mata.
SPRM tutup mata pada rasuah pengundi yanh diberi secara terang-terangan oleh Shafie dan Warisan.
Polis sehari dua sesakkan lalu lintas supaya kempen BN tersekat dan disusahkan.
Jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan pun diguna untuk berkempen. Masa ini lah baru JKR nak membina dan menurap jalan. Bertahun Anifah mohon, tak diendah.
Lain pula pejabat AG, mahkamah dan lain-lain.
Pelbagai tipu helah diguna. Mula-mula dipertahan polisi Pas Sementara Sabah (PSS) tapi akhirnya dipersalahkan BN pula.
Shafie curi duit projek pembangunan tetapi dia salahkan BN tak bawa kemajuan.
Buat cerita konon ahli UMNO lompat parti ke Warisan.
Kalau disenarai tipu helah Warisan, termasuk pegawai-pegawai SPR dan mahkamah yang menipu hingga terbatal kemenangan Anifah, bodohlah calon Warisan, Karim tidak boleh menang enam ribu majoriti.
Kalau kalah, pendek lah nyawa Shafie apabila Latheefa Koya, Abu Kassim, dan Tommy Thomas sudah tiada lagi.
Orang tahu Shafie sokong Anwar. Marah PPBM masuk Sabah.
Yang saya diberitahu, pegawai-pegawai kerajaan yang dikerah dan mereka yang dibayar untuk meramaikan majlis Warisan dan lompat parti berbisik lain:
“Wang kami ambil, UNDI TATAP BN!”
Oleh: Salahuddin Hisham