Tun M telah kembali mencatur politik negara mengikut percaturannya sendiri.
Jika sebelum ini kita dapat rasakan Tun M tidak mampu lakukan apa sekadar melihat adu kekuatan antara ketua ketua Parti dalam PH.
Sebagai PM tetapi hanya menjadi pengerusi PH, Tun M sebenarnya tidak ada kuasa mutlak malah untuk membuat rombakan kabinet pun Tun M tidak boleh lakukan tanpa persetujuan ketua parti dalam majlis presiden PH.
Malahan kedudukan Tun M, yang tidak ada kuasa dalam PH, menyebabkan pak menteri tidak hormat kepada Tun M, banyak arahan arahan yang Tun M buat dalam kabinet tidak diambil pusing oleh pak menteri terutamanya menteri dari DAP dan PKR juga PAN.
Undi percaya yang akan di bawa oleh PAS dalam sidang parliman akan datang akan tentukan sama ada Tun M mampu memiliki kuasa penuh mentadbir negara atau sebaliknya.
Undi percaya itu juga akan melihat sama ada DSAI akan jadi PM ke lapan atau sekadar PM tepi sahaja.
Apa pun tindakan Muafakat Nasional (Umno dan Pas) akan undi percaya pada Tun M, adalah satu keputusan selangkah ke hadapan.
Keputusan ini memberi tekanan hebat kepada PH dan DSAI sendiri.
Tun M pasti memperolehi sokongan parliman kerana tak mungkin menteri PH tidak percaya dengan perdana menteri ketua kerajaan mereka sendiri.
Situasi ini akan menyukarkan malah mampu menidakkan DSAI dari menjadi PM ke lapan serta boleh membatalkan perjanjian PH atas alasan DSAI tidak dapat sokongan parliman.
Bagi Muafakat Nasional perkara ini tidak penting lagi kerana cubaan untuk memecahkan Pas dan Umno gagal dan Muafakat Nasional akan terus mendapat sokongan rakyat.
Umno tidak boleh pecah walaupun kelihatan bodoh menyokong Tun M, sama ada dipelawa oleh Tun M atau tidak itu tidak penting, sokongan ini akan pecah belahkan PH.
DSAI pasti meroyan dan akan melakukan tindakan political suicide dan PH pasti berantakan.
Jika ini berlaku maka Muafakat Nasional akan menjadi decision maker dalam politik negara di masa hadapan.
Tun M, bagai enau dalam belukar, berjaya melepaskan dirinya, jika belukar itu kekal di situ enau pun tidak akan bertahan lama.
Dr Mohamad Khir Toyo
Rujukan:
[1] Undi percaya PAS terhadap Mahathir sama seperti undi tidak percaya
[2] Usul sokong PM tidak dibincangkan dengan UMNO, kata Tuan Ibrahim
[3] Dewan Rakyat tentukan saya terus jadi PM atau tidak, kata Dr M