Hari ini viral di media sosial lembu di tambat di kedai dalam kawasan Pasar Borong Selayang dalam pentadbiran DBKL.
“Pendatang Rohingya tambat lembu depan kedai kawasan laluan pejalan kaki.. bau jangan cakap lah, memang boleh muntah’ menurut mereka seperti yang ditulis di media sosial.
Sebenarnya gambar tersebut adalah gambar lama, tahun 2017.
…………..
SUSULAN KES ORANG MYANMAR BELA LEMBU DI KAWASAN KAKI LIMA DI SELAYANG
DBKL telah mengambil tindakan sita terhadap lembu-lembu di belakang RHB Bank Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara Selayang seperti yang dilaporkan di akhbar dan media sosial. Pemilik telah diarahkan berhenti memelihara lembu dikawasan tersebut dan mereka juga telah diarahkan untuk membersihkan kawasan.