Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.
“Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kiniberada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini,” kata Najib menerusi mesej Twitter beliau, Ahad.
Najib berada di Afrika Selatan untuk lawatan kerja dua hari dan menghadirisambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah negara berkenaan, KongresKebangsaan Afrika (ANC).
Chong Wei mengalahkan seteru utamanya yang juga juara Olimpik, Lin Dan, dari China dalam permainan rubber set, 12-21, 21-18 dan 21-13.
Ini kemenangan pertama Chong Wei dalam kempen badminton 2012 beliau.