.
Program transformasi merakyatkan tentera darat turut mencakupi warga FELDA.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Kompeni Askar Wataniah Wilayah FELDA akan diperluas seluruh negara.
Ia sekaligus memantapkan jati diri warga FELDA dan menghindari generasi mudanya terjebak gejala negatif dan mudah dihasut menjadi parasit dikalangan warga FELDA.
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI/MENTERI PERTAHANAN
“Dengan adanya disiplin bukan sahaja askar wataniah tapi lain-lain sukarela akan dapat kurang masalah jika ianya timbul di kawasan FELDA.”
Beliau bercakap selepas melancarkan Kompeni 120 Askar Wataniah, wilayah FELDA peringkat kebangsaan di FELDA Gedangsa, Hulu Selangor.
Objektif askar wataniah wilayah FELDA bagi memberi kesedaran masyarakat FELDA tentang kepentingan keselamatan negara.
Ia mengalakkan keanggotaan di kalangan anak peneroka FELDA sekaligus merapatkan perpaduan dalam memperjuangkan nasib warga FELDA.
Sebagai barisan kedua pasukan keselamatan, mereka turut memainkan peranan membantu semasa bencana alam malah wataniah FELDA turut bakal menikmati elaun tambahan kelak.
Ia bakal diselenggara oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA dan Angkatan Tentera Malaysia.