…
Garis panduan mandatori terkandung dalam kertas cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings FGVH, menjamin tiada seinci pun tanah peneroka akan diambil.
Justeru, semua lebih 122 ribu peneroka Felda di seluruh negara usah bimbang kehilangan tanah mereka.
Itu penjelasan wakil generasi kedua Felda yang jelas terkilan, isu penye-naraian itu, yang sering disalah anggap sesetengah pihak.
Luahan itu disampaikan ahli panel gabungan pemikir profesional, Felda, Gappof, Datuk Khairil Anuar Aziz yang mengulas kenyataan, Tengku Razaleigh di dalam Harakah Daily.
Laporan yang memetik Tengku Razaleigh mendakwa peneroka berisiko kehilangan tanah jika Felda di senaraikan.
DATUK KHAIRIL ANUAR AZIZ / AHLI PANEL GABUNGAN PEMIKIR PROFESIONAL FELDA, GAPPOF
Tiada seincipun tanah peneroka ladang peneroka disenaraikan, yang terlibat 350 ribu hektar tanah milik felda plantation yang diberi kerajaan negeri terlibat, jadi tidak terlibat tanah peneroka, ini selalu diseleweng
Jelasnya, pihak luar seharusnya tidak seleweng dan memutar belit, fakta penyenaraian hanya bagi meraih pengaruh politik.
Beliau yang juga anak jati Felda Sungkai turut mengingatkan golongan peneroka jika penyenaraian gagal yang rugi ialah mereka.
Felda juga jelasnya telah melantik pengurus dana tempatan dan antarabangsa bagi memastikan kepentingan syarikat dan setiap peneroka, terjamin dan tidak tergugat.