Dua pemain persaorangan Negara Daren Liew dan Lee Chong Wei mara ke suku akhir kejohannan All England di Birmingham hari ini.
Lee Chong Wei berjaya menewas pemain Denmark Hans-Kristian 23-21, 21-18 manakala Daren Liew menang mudah keatas pemain tuan rumah Rajiv Ouseph 21-15, 21-10.
Seorang lagi pemain negara, Chong Wei Feng gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pemain no 1 China Lin Dan 21-13, 21-16.
Daren 25, akan bertemu pemain Korea Lee Hyun Il dan Lee Chong Wei akan bertemu Dionysius Hayom dari Indonesia di perlawanan suku akhir.