Uncle Kit Siang tidak setuju dengan keputusan melaksana PKPB 2 minggu untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Ini penjelasan KP Kesihatan:
“Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun jumlah direkodkan kurang dari 100 kes bagi Lembah Klang, namun ia secara konsisten mencatatkan kes baru setiap hari.
“Penting untuk kita faham bahawa penilaian risiko sama ada teruk atau tidak situasi pandemik di sesebuah negeri itu bukan hanya sekadar melihat bilangan kes positif tetapi juga corak penularan jangkitan tersebut di dalam negeri itu.
“Sekiranya penularan jangkitan hanya tertumpu kepada satu atau dua daerah sahaja, pendekatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bersasar mungkin boleh dilaksanakan.
“Bagaimanapun jika penularan jangkitan telah menular ke setiap daerah di dalam negeri tersebut dan terus merekodkan kes-kes baharu setiap hari, ini bermakna penularan jangkitan itu tidak lagi dapat dibendung dengan berkesan.
“Oleh itu, pendekatan yang terbaik untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan ini adalah dengan melaksanakan PKPB di seluruh negeri itu supaya penularan jangkitan rentas daerah ataupun negeri dapat dikawal dan dibendung dengan lebih berkesan,”
Posting Kit Siang: https://www.facebook.com/35787761072/posts/10157348474456073/?extid=0&d=n