Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat - pakdin.my

SHAH ALAM – Jalan Puncak Alam menghala ke Taman Subang berdekatan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat berikutan hujan, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik digerakkan ke lokasi kejadian.

“Paras air dilaporkan naik setinggi 0.30 meter di jalan terbabit, namun ia tidak membabitkan mangsa dan kenderaan.

“Keadaan banjir kilat di kawasan itu (pada masa ini) semakin surut,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

UTAMABERITAAMJalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium