13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran - pakdin.my

Polis menahan tujuh lelaki dan enam wanita yang disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis di ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata premis itu dipercayai dijadikan sebagai pusat pelacuran wanita warga asing.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia, selain enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 50-an.

“Polis turut merampas 130 kondom, pelincir, tuala, tisu basah, fail jadual kerja, fail cuci rambut, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM340.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah di sekitar ibu negara boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Polis Kuala Lumpur amat menghargai sebarang bentuk maklumat perilaku jenayah daripada orang ramai demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

UTAMABERITA13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium