Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat.
Seperti yang disangka, pada penghujung video, pengguna TikTok berkenaan menyelitkan produk pemutih yang dijual dan seakan-akan memberi solusi kepada wanita yang menghadapi masalah tersebut.
Tidak lama selepas itu, seorang doktor dikenali sebagai Doktor Amirah Azlan segera membuat penjelasan mengenai perkara tersebut. Pakar perubatan ini berkata, adalah normal jika bahagian-bahagian tertentu pada badan wanita menjadi sedikit gelap ketika hamil kerana hasil tindak balas hormon estrogen.
“Estrogen ni memang akan menyebabkan ‘darken skin’. Kulit akan sedikit gelap daripada biasa. Dia akan tambah sikit melanin awak, memang estrogen kerja dia macam tu,” ujar Dr Amirah.
Tambah beliau lagi, kulit yang sedikit gelap itu adalah perkara biasa dialami ibu mengandung namun apa yang luar biasanya adalah jika di bahagian bawah bertukar putih akibat penggunaan produk.
“Yang di luar kebiasaan itu adalah orang yang terlalu obses nak putihkan kat bawah tu. Bila kita tengok kat bawah ni putih semacam ja, confirm satgi kita jahit jadi macam tauhu. Jahit, hancur. Jahit, hancur sebab terlalu lembut. Itulah kejadiannya,” ujarnya.
@kebebasandalamhidupku #stitch with @Ummi Nadia Kesan estrogen. #doctortiktok #clinicdrama
@umminadiaaa Ibu yg bakal bersalin please take noted☺️🙏