Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun disambung selama tiga hari, bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata reman terhadap wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi tadi.
“Sambung reman hingga 10 Mei 2023 (Rabu),” jawabnya ketika dihubungi.
BERITA sebelum:
Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki
Pada 4 Mei lepas, seorang ibu lima anak direman lima hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
VIDEO berkaitan
Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, dekat sini pada 2 Mei selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.
BACA juga:
Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan
Rogol kanak-kanak 12 tahun: Reman 10 remaja dilanjutkan
[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati
[Video] Lelaki rogol, bunuh jururawat di Gua Musang ke tali gantung
22 wanita pesalah syariah kena sebat