PRN Selangor: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai - pakdin.my

Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah selesai, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata selebihnya beliau serahkan kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang.

“Dah selesai Selangor bincang, selesai bagi kami tapi yang di pusat itu (bagi) mereka bincang.(Selebihnya), anda tanya PM (Perdana Menteri Anwar) dan TPM (Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid) kerana (keputusan) sekarang di tangan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Taman Tema Air, SplashMania Waterpark di Gamuda Cove di sini hari ini.

Pada minggu lepas, beliau memaklumkan rundingan agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha.

UTAMAPILIHAN RAYAPRN Selangor: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium