Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.
MAB dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dibuat susulan masalah yang berlaku pada salah satu enjin semasa pendakian selepas berlepas.
“Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada pukul 3.21 pagi (waktu tempatan).
“Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan mendarat dengan selamat,” katanya.
Tambah kenyataan itu, penumpang yang terjejas akan meneruskan perjalanan mereka dengan penerbangan lain ke destinasi masing-masing.
Tolong lah subscribe:
“Pesawat tersebut akan menjalani pemeriksaan lanjut. MAB akan kekal mengutamakan keselamatan kesemua penumpang,” kata kenyataan itu.
BACA juga: