Sudah ramai yang tahu, pembangkang ni memang hebatnya membangkang, bab nak melaksanakan paling liat. Manifesto ditabur semewah-mewahnya, tetapi bila dituntut ada banyak pula dalihnya.
Masa sebelum jadi wakil rakyat, rajin nampak batang hidung, bukan apa.. Nak meraih undi. Tetapi, habis je pilihan raya, dah dapat apa yang di perlukan dan dapat habuan yang dijanjikan, senyap menyepi macam tak pernah kenal.
Buktinya, calon DAP Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ditengking oleh seorang warga emas penduduk Pantai Remis. Beliau ditengking sebaik beliau datang untuk berkempen di sebuah kedai kopi di sana.
Warga emas tersebut juga enggan bersalaman dengan Datuk Ngeh kerana beliautidak berpuas hati sepanjang 5 tahun Datuk Ngeh menjadi ahli parlimen Beruas. Menurut warga emas itu, Ngeh tidak pernah sekali pun turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk.
Warga emas tersebut juga kecewa kerana DAP gagal menyelesaikan masalah beliau sebaliknya bertindak “lepas tangan”. Dia juga meminta dan menyeru pengundi agar menolak pemimpin sebegini kerana tidak komited sebagai ahli parlimen. Inilah padahnya kalau bagi peluang pada pembangkang. Mereka ini baru nak memerintah tetapi belagaknya macam dah tadbir satu dunia.
Sama lah juga dengan apa yang terjadi di negeri-negeri lain di bawah pentadbiran pembangkang. Seksa rakyat dibuatnya. Mereka ini memang pandai menjual kata, ibarat menanam tebu di pinggir bibir. Tapi yang jadi mangsa, rakyat. Samalah dengan Tan Sri Khalid, berani pula dia cakap Klang seharusnya lebih maju jika diurus selia dengan lebih baik.
Nampaknya, masing-masing dah nyanyuk. Kan Klang di bawah pemerintahan Selangor, sudah tentulah bawah kuasa Khalid Ibrahim sendiri. Meludah ke langit, jatuh di muka sendiri. Taksub sangat dengan kuasa sampai lupa dekat mana letak duduk diri sendiri. Janganlah tertipu dengan slogan pakatan pembangkang itu, bukan IniKalilah, tetapi percayalah, LainKalilah lebih berkesan.