…
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghentikan semua sandiwara mengenai isu moral membabitkan beliau dan tampil secara ikhlas untuk memberi penjelasan kepada rakyat.
Gesaan itu disuarakan dua bekas rakan karibnya, yang mahu Datuk Seri Anwar membersihkan diri sebelum mengidam kerusi Perdana Menteri.
Mereka berucap di majlis ceramah di hadapan lebih seribu orang di Permatang Pauh, malam semalam.
Dakwa mereka, isu moral menjadi faktor penting mengapa hampir 30 pengasas PKR telah meninggalkan Datuk Seri Anwar sejak 1998.
Selain isu moral, mereka juga mendakwa sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes murtad Lina Joy dan gagal mempertahankan kalimah Allah.
Menunjukkan beliau perlu ditolak umat islam dan masyarakat melayu.