….
Tegas Karpal, DAP tetap akan menyekat usaha PAS menubuhkan negara Islam.
Beliau membidas PAS kerana menghidupkan kembali isu berkenaan pada masa sekarang sedangkan parti berkenaan bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto pilihanraya pakatan pembangkang.
Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pandangan peribadinya adalah pendirian rasmi DAP, sangat malang buat PAS menimbulkan isu ini selepas mereka bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto pilihanraya.
Katanya, beliau tidak faham mengapa PAS bertegas dengan pendiriannya meskipun ia tidak dicadangkan dalam perbincangan Majlis Tertinggi Pakatan Pembangkang.
Beliau juga menjelaskan konsep negara Islam tidak dimasukkan dalam Buku Jingga yang merupakan manifesto umum pertama pembangkang.