Pilihanraya Malaysia kali ini nampaknya bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia, tetapi entah kenapa negara-negara asing juga begitu teruja menunggunya. Rata-rata, pilihanraya yang dikatakan ‘ibu segala pilihanraya’ ini dianggap sebagai ketibaan di dua persimpangan bertentangan di mana salah satunya akan mengubah segala-galanya, iaitu daripada landskap dan struktur asas negara ini.
Dari satu segi pula, pilihanraya ini hanyalah salah satu dari beberapa pilihanraya yang perlu dilalui oleh Barisan Nasional, iaitu pertandingan untuk mengekalkan kuasa. Dalam kata lain, PRU hanyalah satu platform untuk parti BN meneruskan khidmat tidak kira siapa pun pemimpinnya.
Namun, bagi PR ia adalah lebih dari itu. Bagi pemimpin-pemimpin PR, pilihanraya adalah sesuatu yang peribadi. Ini kerana, jika pemimpin BN bersilih ganti, pemimpin PR pula menyaksikan muka yang sama sejak berpuluh tahun dahulu. Maka, pemimpin-pemimpin PR ini bukan lagi bertanding kerana parti tetapi sebenarnya mempertaruhkan ‘hidup’ mereka sendiri.
Memandangkan mereka masing-masing sudah mencapai usia senja, maka slogan ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya memaparkan keterdesakan yang tidak tertahan-tahan lagi seolah-olah jika kali ini kalah juga, maka ‘matilah’ mereka.
Malangnya, kita mempunyai berita buruk untuk pemimpin-pemimpin PR ini iaitu berita yang didapati dari sumber dalaman mengenai ramalan PRU kali ini.
Nampaknya, lima dari kedutaan asing percaya bahawa BN akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar dari PRU2008. Pihak asing yang berkata demikian ialah Kedutaan China, Taiwan, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat.
Kita tahu bahawa pihak gereja Jerusalem di Israel ada menghantar perutusan khas dalam bentuk video sebagai pembakar semangat untuk PR menghadapi PRU. Malah, pihak gereja itu tampak begitu yakin dengan kemenangan PR dan telah meraikannya lebih awal dengan ‘menerima’ Malaysia kedalam ‘jemaah’ mereka untuk sama-sama menuju cahaya keberkatan ‘the Lord’.
Namun, mengambil prinsip demokrasi, ramalan satu pihak sahaja tentulah tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan ramalan 5 pihak kedutaan asing tadi.
Lagipun, selalunya ramalan pihak kedutaan asing boleh dipercayai kerana mereka tidak terlibat dengan sentimen rakyat Malaysia. Pihak asing juga tidak perlu membuat atau menyebar ramalan palsu kerana maklumat yang tepat adalah penting untuk mereka mengatur langkah seterusnya dalam hubungan dengan Malaysia terutama dari segi dagangan.
Justeru, kita harap pemimpin-pemimpin PR bersedia untuk menerima kekalahan ini dengan baik. Kita tidak dapat membantu memujuk hati mereka dengan menukar slogan kepada ‘Lain Kalilah’ kerana kita tahu dalam usia mereka kini, ungkapan ‘lain kali’ tentu saja tidak relevan.
Anwar sudah berkata jika beliau kalah, beliau akan bersara dan mengajar di Perancis, mungkin kerana Perancis baru sahaja meluluskan undang-undang kahwin sejenis. Manakala, Lim Kit Siang pula telah menyatakan bahawa beliau bersedia menerima ‘kematiannya’ sendiri di Gelang Patah. Nik Aziz pula….mungkin beliau akan ‘terbersara’ sendiri tanpa sedar, sekiranya beliau kalah di kawasannya kali ini. Maka tinggallah Hadi Awang. Tetapi Hadi Awang juga katanya rela menjadi nelayan sahaja asalkan Islam menang.
Dan kita pasti, Islam akan terus menang di bawah BN dan tiada siapa yang akan mampu mengganggu-gugat Kalimah Allah lagi sekiranya PR terkubur. Dengan jaminan ini, kita harap Hadi Awang tidak begitu gusar dengan ramalan kedutaan asing tersebut.
Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz bagaimanapun terpaksa terus melayan kegusaran masing-masing sementara menunggu ‘hari perhitungan’. Seperti yang dikatakan tadi, kita faham betapa pentingnya PRU kali ini untuk mereka.
Maklumlah, seluruh hidup telah dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada perebutan kuasa sehingga tidak sempat menikmati keindahan dunia. Saban hari terasa diri dalam neraka walaupun dihiburkan oleh China Doll, jambu-jambu atau anak-anak ikan, dan walaupun wang sudah berkoyan-koyan. Entah kenapa tiba-tiba menjelang PRU ini, hidup terasa seperti sia-sia, bukan?