Kecoh ekoran calon Barisan Nasional Pandan, Gary Lim mahu menyaman Rafizi Ramli kerana menfitnah beliau. Pakatan Rakyat telah menyebarkan fitnah kononnya Gary Lim terlibat dalam penyelewengan dan salahlaku. Mengikut tuduhan Rafizi, Gary Lim kononnya sedang disiasat oleh Majlis Peguam.
Beliau mendapat maklumat tersebut katanya mengenai dakwaan salah laku etika yang melanggar peraturan guaman. Rafizi juga cakap bahawa dakwaan ini adalah satu pertuduhan yang serius kerana ia mempersoalkan kejujuran Gary Lim sebagai seorang profesional.
Ekoran tindakan Rafizi itu, Gary Lim menasihatkan Rafizi Ramli agar tidak bermain politik kotor, sebaliknya menunjukkan apa yang boleh beliau lakukan untuk penduduk Pandan. Habis tu, apa yang dituduh kepada pemimpin sanjungan dia Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat itu bukan satu tuduhan yang serius ke?
Kenapa tak nak buat pendedahan? Itu pun salah satu salah laku yang melanggar etika dan syariat Islam, kenapa Anwar dan Rafizi sendiri relax je. Tak ada kecoh-kecoh pon? Sebab Anwar itu peliwat profesional ke Rafizi? Sepatutnya, Rafizi sebagai pengatur strategi PKR kena la buat strategi macam mana nak buktikan Anwar tak salah ye tak.. Ini tak, macam seronok je ada pemimpin kaki sodomi.
Sudah habis ikhtiar, Pakatan Rakyat nampaknya gemar menggunakan jalan pintas untuk menjatuhkan lawan. Mereka lebih ghairah menggunakan taktik kotor berbanding bertembung dan berlawan dengan cara yang sihat. Mungkin dah terdesak sangat nak menang sebab takut bos lari ke Eropah tinggalkan penyokong tegar PKR dan PR ni terkontang-kanting sendiri.
Kalau betul seronok sangat menyiasat, kenapa tak siasat dulu calon-calon PKR yang dituduh Presiden Pas, Hadi Awang sebagai ‘kaki haru’ tu.. Macam mana boleh terlepas kalau perkara sebegini penting; edar pil kuda, puja Karl Marx semua tu tak dapat dikesan Rafizi.
Benda basic dalam parti sendiri pon tak dapat dikesan, ini sibuk pula nak reka fitnah untuk orang lain. Sudah-sudahlah Rafizi, orang boleh muak kalau macam ini tau. Baik fokus dulu macam mana nak berkhidmat kepada rakyat di Pandan.
Jangan sibuk hal orang lain.