Calon DAP bagi Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin mencetuskan kemarahan umat Islam khususnya di Sabah selepas mendakwa pembinaan masjid mengganggu masyarakat sekeliling.
Kenyataan biadab Jimmy itu dapat didengar dengan jelas menerusi video yang dimuat naik di laman You Tube
Dalam video tersebut Jimmy Wong turut mendakwa, pembinaan masjid akan menyebabkan kaum lain sukar untuk tidur pada waktu pagi selain menyebabkan kawasan letak kenderaan penuh.
Kenyataan Jimmy di hadapan beberapa penduduk Islam yang pada mulanya bertanyakan beliau tentang pembinaan masjid itu menyebabkan mereka terkilan sehingga salah seorangnya berkata, salakan anjing juga mengganggu umat Islam.