Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan laporan Utusan Malaysia yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.
Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar Utusan Malaysia tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.
“Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina,” katanya.
Beliau bercakap di PWTC di sini hari ini.