Kira-kira sembilan kereta tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh dekat persimpangan Jalan Dang Wangi (Bukit Nanas).
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Laporan menunjukkan kawasan tersebut masih tidak stabil kerana pergerakan tanah masih boleh dilihat.
Beberapa laluan ke Jalan Ampang dekat insiden tanah runtuh itu ditutup untuk lalu lintas.
Terdahulu, beberapa pengguna Twitter melaporkan tanah runtuh berlaku di hadapan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Beberapa pengguna jalan raya turut menghantar tweet beberapa buah kereta tertimbus dalam insiden tanah runtuh itu.