Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

AS Ucap Tahniah Kepada Najib Atas Kemenangan PRU-13- pakdin.my

PRU13

Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

“Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika di sini, yang memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell.

“Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terlibat dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Ventrell berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu setelah ia dibentuk.

PRU-13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Pada Isnin, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Dalam kenyataan itu, Ventrell turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi.

Menyentuh kebimbangan negara berlaku kepincangan dalam proses mengundi, beliau berkata menangani isu sedemikian adalah penting untuk menguatkan keyakinan dalam proses pengundian.

Najib yang juga pengerusi BN, turut menerima ucapan tahniah melalui telefon pada Selasa daripada rakan sejawatannya daripada New Zealand, John Key, menurut seorang pegawai perdana menteri.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.