KOTA BARU: Sekumpulan penyokong Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkumpul di luar Bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri bagi membantah tindakan menggugurkan Husamk daripada barisan exco kerajaan negeri Kelantan.
Pihak polis telah menutup jalan serta di sekitar Jalan Kuala Krai, di mana terletaknya pejabat kerajaan.
Situasi nampak tegang dengan ratusan penyokong yang hadir.
Polis menggesa penyokong beredar dengan menyatakan himpunan tersebut adalah haram namun kira-kira 100 penyokong setia Husam enggan beredar dan tetap duduk di situ.