Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin hari dilihat semakin menarik. Kalau diikutkan sistem demokrasi, Pas adalah yang paling layak untuk menjadi MB. Ini kerana mereka memperolehi jumlah kerusi yang sama banyak dengan parti DAP iaitu 15 kerusi berbanding PKR yang hanya mampu memperolehi 14 kerusi. Namun, pakatan nampaknya lebih senang untuk melantik calon MB daripada kalangan PKR berbanding Pas.
Dan sudah semestinya Azmin Ali selaku Timbalan Presiden sudah megah diri dan mahukan jawatan tersebut bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah memerintah Selangor sepenggal. Namun, apa yang menariknya Azmin Ali telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.
Krisis di Selangor kali ini kelihatan agak serius kerana DAP hanya mahukan PKR yang memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi. DAP tidak mahu Azmin sebagai MB, manakala sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon dari Pas.
Memang terang-teranganlah Istana sudah tidak mahu calon PKR jadi MB, masa Khalid jadi MB dulu sudah berapa kali Sultan Selangor murka dengan kerajaan Selangor. Mereka sesuka hati menggunakan nama Sultan dan tidak menghormati kedudukan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di dalam negeri.
Berdasarkan krisis MB di Selangor ini, Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
Anwar dilihat lebih sibuk untuk menanamkan benih-benih kebencian rakyat kepada BN dengan menuduh kerajaan sekarang dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Rakyat mana yang mudah tertipu hanya menjadi burung kakak tua, mengangguk diamkan diri untuk terus ditipu dan ditipu oleh Anwar Ibrahim.
Manakala krisis MB Selangor ini masih mengundang kemarahan Azmin, beliau dilihat semalam ‘meroyan’ dengan Anwar yang tidak sudah-sudah menyalahkan orang lain. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.
Nampaknya, satu persatu pemimpin terdekat Anwar sudah semakin muak dan bosan dengan permainan Anwar ini. Sudah tak larat nak bermain dengan percaturan yang tidak pernah menjadi.
Sudahlah ditipu semua orang kata nak berhenti jika gagal dalam PRU13, tau-tau sambung buat perhimpunan pula. Masalah yang lebih besar tidak diselesaikan. MB perlu dilantik segera bagi dapat menjalankan urusan pentadbiran negeri secepatnya.
Tak lama lagi nampaknya, Azmin akan naik darah berpencak silat dengan Anwar umpama Tuah dan Jebat.