Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan memegang portfolio menteri yang bertanggungjawab berhubung perihal Parlimen, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM dan Bantuan Bencana Alam.
Menurut Datuk Seri Shahidan, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Khamis lalu.
Tambahnya, tujuh lagi rakan sejawat di JPM, juga sudah dimaklumkan mengenai potfolio masing-masing.
Pemilihan portfolio itu katanya, dibuat berdasarkan pengalaman-nya dalam ketiga-tiga bidang terbabit.
Arahan awal bagi parlimen dilaksanakan, termasuk penetapan tarikh Persidangan Dewan Rakyat Parlimen iaitu bulan hadapan