118 penghuni rumah panjang Kupon Ingka, Sungai Itop, Saratok, Sarawak tinggal sehelai sepinggang selepas 13 daripada 16 unit rumah panjang musnah dijilat api.
Menurut saksi, mereka melihat kepulan asap dari ruang tamu sebelum api merebak pantas.
Jurucakap pihak bomba Saratok berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.40 pagi.
Api berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kesemua mangsa dipindahkan ke penempatan sementara di dewan rumah dayak Saratok.
Punca dan kerugian masih dalam siasatan.