Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 7.30 petang mengesahkan seramai 26 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.
Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.
Jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini adalah seramai 42 orang.
Seramai 7 lagi mangsa masih terkandas.
Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut.
“Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa,” katanya.