Semuanya bermula di Melaka, kemudian ke Dubai dan akhirnya berkampung di Tanah Haram, Mekah.
Pada tahun 2009, sekumpulan anak-anak melaka yang bertugas dengan sebuah syarikat di Dubai ditugaskan untuk menaikkan menara jam di Masjidil Haram.
Terdiri daripada kalangan jurutera dan pendaki profesional mereka kini ditugaskan membina mataf atau tempat tawaf.