Kesemua Jemaah Malaysia Di Madinah Kini Berada Di Makkah - pakdin.my

jemaah-meninggal-di-madinah

Kesemua 11,088 jemaah Malaysia yang sebelum ini di Madinah, kini berada di Makkah sebagai persiapan mengerjakan ibadat haji musim ini.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH) Anis Zuhani Ahmad berkata kehadiran semua tetamu Allah itu di kota Makkah menyaksikan operasi pengurusan jemaah di maktab TH di Madinah untuk fasa satu ditutup sementara.

“Maktab di Madinah akan beroperasi semula mulai 26 Okt bagi membawa jemaah kumpulan fasa kedua yang sebelum ini masuk terus ke Makkah melalui Jeddah,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Setakat ini, lebih 16,000 daripada 22,320 jemaah Malaysia berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadat haji bulan depan.

TH mempunyai lapan maktab di Makkah untuk menampung 22,320 jemaah haji Malaysia musim ini, iaitu berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi.

Sebanyak 47 penerbangan dari Malaysia tiba membawa jemaah ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Baki 17 lagi penerbangan dari Malaysia akan mendarat secara berperingkat sehingga 9 Okt, dan hari wukuf di Arafah iaitu hari bermulanya rukun haji ialah pada 14 Okt.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati jutaan umat Islam membanjiri Masjidil Haram dan pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa mengawal kemasukan jemaah ke dalam masjid berkenaan.

UTAMAKesemua Jemaah Malaysia Di Madinah Kini Berada Di Makkah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium