Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Agama Islam Negeri bagi mengekang fahaman Syiah di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata fahaman itu perlu dibendung segera kerana turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.
Tambah beliau, pihaknya sudah bersiap-sedia dan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu jabatan berkenaan.
Tegas Tan Sri Khalid, mereka yang berdegil akan berhadapan tindakan undang-undang dan pihaknya tidak sesekali akan berkrompomi dalam perkara itu.
Tan Sri Khalid berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara PDRM dan Lions Clubs International di ibu negara siang tadi.