Pelajar di tujuh buah sekolah rendah di daerah Tatau, Sarawak tidak dapat menyertai rakan mereka di seluruh negara.
Banjir di daerah itu menyebabkan sekolah masih belum dibuka berikutan keadaan yang tidak selamat untuk pelajar ke sekolah.
Tertera senarai sekolah di daerah Tatau yang masih belum dibuka:
1) SK Sungai Bagian
2) SK Rumah Tayai
3) SK Rumah Keseng
4) SK Nanga Pengerai
5) SK Nanga Pau
6) SK Kuala Anau
7) SK Kuala Muput
Menurut Florence, jalan menuju ke sekolah-sekolah berkenaan setakat ini masih ditenggelami air.
Ujarnya, beberapa kawasan ditenggelami air hingga ke paras 0.5 meter dan tidak selamat untuk pelajar.
Beliau belum dapat menjangka bila sekolah terbabit akan dibuka memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Dalam perkembangan sama, Sekolah Kebangsaan Kampung Nyalau di Bintulu juga masih belum dibuka untuk pelajar.