Serbuan Operasi Cegah Maksiat Malam Tahun Baru 2014 (video) - pakdin.my

16 Ditahan Dalam Operasi Cegah Maksiat Malam Tahun Baru 2014

Mereka yang ditahan memang ada agenda untuk melakukan maksiat bukan ada kena mengena sambutan ambang 2014.

Tanpa sambutan pun mereka akan melakukannya.

 

 16 Ditahan Dalam Operasi Cegah Maksiat Malam Tahun Baru 2014

Tahu risiko yang bakal dihadapi.

Namun dek kerana nafsu, larangan agama diletak ke tepi.

Bahananya, 16 individu berusia antara 22 hingga 48 tahun ditangkap khalwat dalam operasi cegah maksiat di Kuala Terengganu malam tadi.

Operasi bermula jam 1 pagi di 18 lokasi sekitar bandar Kuala Terengganu.

Operasi melibatkan 34 anggota penguatkuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Maidan.

Hasil serbuan, seorang ibu tunggal beranak empat ditahan bersama pasangannya yang sudah berkahwin.

Sementara itu, pasangan yang sudah bertunang ini memberi alasan bermalam bersama atas urusan membincangkan hal berkaitan majlis perkahwinan.

Turut ditahan, seorang wanita tempatan bersama pasangannya warga Afrika.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Maidan untuk diambil keterangan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 dan 31 bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan kesalahan khalwat.

Denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

 

 Agenda “Tersirat” Pada Malam Tahun Baharu 2014

Percikan bunga api pada ambang tahun baharu nyata tidak mampu menarik perhatian sesetengah pihak untuk sama-sama meraikannya.

Sebaliknya yang dipilih mereka melakukan kegiatan tidak bermoral yang kesudahannya mengundang padah.

 

 

UTAMABERITASerbuan Operasi Cegah Maksiat Malam Tahun Baru 2014 (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium