Tiga lelaki dipercayai baru melakukan jenayah pecah rumah diberkas.
Mereka ditahan setelah kereta digunakan untuk melarikan diri terbabas lalu melanggar pokok di Bandar Utama, Petaling, Selangor.
Mereka dikejar polis sejauh 10 kilometer sebelum ditahan.
Tujuh kereta peronda polis dari Damansara dan Bandar Utama terbabit dalam usaha menahan penjenayah terbabit.
Kereta yang dipandu suspek turut merempuh Plaza Tol Penchala dalam cubaan melarikan diri.
Bagaimanapun, setibanya di sebuah stesen minyak di Bandar Utama, kereta dinaiki ketiga-tiga suspek terbabas lalu melanggar pokok.
Akibatnya, seorang daripada suspek cedera.
Dua lagi suspek tidak mengalami kecederaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Damansara.
Ketiga-tiga suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Polis turut menemui beberapa senjata yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.