Di saat rakyat Malaysia sedang di kesedihan ekoran kehilangan pesawat MAS #MH370, pembangkang nampaknya tetap dengan agenda politik sempit dan tidak matang.
Menurut sumber, satu perhimpunan akan diadakan pada 1 April 2014 ini untuk mendesak kerajaan memansuhkan hukuman terhadap semua pimpinan parti politik khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
“Mereka akan adakan satu perhimpunan besar-besaran dengan mengajak rakyat turun ke jalanan bagi menghidupkan kembali semangat ‘Reformasi’.
“Saya juga dimaklumkan, perhimpunan tersebut akan digerakkan oleh pimpinan pembangkang dengan dibantu oleh kumpulan-kumpulan NGO sebelum ini.
“Semua pimpinan akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di beberapa check-point. Kumpulan tersebut kemudiannya akan berarak ke Dataran Merdeka” katanya.
Walaupun secara dasarnya, perhimpunan ini adalah merupakan perkara biasa bagi pembangkang, namun tindakan seperti ini yang jelas membuktikan mereka sebenarnya langsung tidak mempedulikan nasib rakyat.
Paling mengecewakan apabila, pimpinan pembangkang seolah-olah langsung tidak bersimpati dengan peristiwa yang menimpa ini. Mereka asyik dengan agenda politik peribadi untuk membela Anwar.
Menurut sumber itu lagi, pimpinan pembangkang agak kecewa dengan sambutan yang diterima sebelum ini.
Mahkamah rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
“Kalau dulu, puluhan ribu rakyat akan berkumpul bagi memberikan sokongan dan membantah apa jua hukuman yang dikenakan terhadap Anwar.
“Namun demonstrasi yang diadakan di Dataran Merdeka baru-baru hanya berjaya mengumpulkan sekitar 40 orang sahaja,” jelasnya lagi.