BEIJING: Ketua penerbangan awam China pada Khamis berkata, tiada bukti bahawa objek terapung di Laut China Selatan yang dikesan oleh satelit ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Satelit China mengesan objek terapung dan asap… buat masa ini kita tidak boleh mengesahkan sama ada ia berkaitan dengan pesawat yang hilang itu,” kata Li Jiaxiang.
Beliau berkata, tiada sebarang bukti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyembunyikan maklumat mengenai pasawat yang hilang itu.