Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Kesederhanaan Perdana Menteri @NajibRazak Kunci Kejayaan Operasi #MH17 - pakdin.my

wpid-mh17-najib-call.jpg

Tidak seperti tragedi MH370 pada Mac tahun ini, para pegawai Malaysia kali ini bertindak lebih berhati-hati dalam mengendalikan kes pesawat MH17, yang dipercayai ditembak dan terhempas di Timur Ukraine pada Khamis lepas.

Belum reda dengan tragedi kehilangan MH370, Malaysia sekali lagi menghadapi satu lagi tragedi udara yang amat memilukan. Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa seramai 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak di wilayah yang dikuasai oleh pihak pemisah yang pro-Rusia.

Sejak dari awal lagi Malaysia mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam usaha mendapatkan mayat mangsa, rakaman suara juru terbang dan kotak hitam memandangkan pesawat malang itu adalah milik Malaysia.

Keadaan selepas pesawat itu terhempas begitu membinggungkan. Para pegawai Malaysia mahupun antarabangsa tidak dibenarkan memasuki kawasan tragedi itu kerana ia dikawal oleh pihak pemisah.

Masa begitu berharga dan pasukan penyelamat perlu bergerak pantas membawa keluar mayat mangsa dan kotak hitam, dan memulakan penyiasatan bagi mengetahui punca pesawat itu terhempas.

Amerika Syarikat, Australia dan Belanda dengan lantang meminta Rusia memberi jaminan agar pihak pemisah di Ukraine membenarkan laluan kemasukan yang selamat bagi pasukan penyiasat Malaysia dan antarabangsa di tempat kejadian.

Terdahulu, Presiden AS Barrack Obama menyalahkan pihak pemisah yang didokong oleh Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan sedangkan Presiden Rusia Vladimir Putin menyangkal tuduhan berkenaan. Ukraine juga meletakkan kesalahan itu kepada pihak pemisah namun ia tidak dapat banyak membantu berikutan kawasan di mana pesawat itu terhempas dikawal sepenuhnya oleh pihak pemisah.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte, yang mana 193 rakyatnya adalah antara penumpang pesawat malang itu, agak terkejut dengan cara pengendalian kawasan pesawat itu terhempas dengan laporan berlakunya kecurian dan tindakan mengubah bahan bukti.

Dalam kemarahan yang memuncak daripada pelbagai pihak antarabangsa terhadap sikap beberapa pihak yang terlibat di Rusia dan Ukraine, dan selepas empat hari berhadapan jalan buntu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat satu pengumuman yang memeranjat lewat Isnin (21 Julai).

Najib mengumumkan bahawa beliau mendapat tiga persetujuan penting antara beliau dan Alexander Borodai, ketua pihak pemisah yang mengawal wilayah timur Ukraine, iaitu bagi mengeluarkan mayat-mayat mangsa pesawat, penyerahan kotak hitam dan membuka laluan bagi kemasukan penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas.

Berikutan kejayaan Najib menerusi langkah yang strategik itu, kotak hitam pesawat berkenaan dapat diserahkan pada hari yang sama kepada pihak berkuasa Malaysia, dan 282 mayat dijangka dibawa hari ini dari Kharkiv di Ukraine ke Belanda.

KEBIJAKSANAAN NAJIB

Ramai yang dilihat tersilap apabila memperkecil-kecilkan kepimpinan Najib dan diplomasi Malaysia. Tetapi bagaimana Najib dapat menyangkal semua itu?

Ketika para pemimpin terkemuka dunia saling menuding jari dalam insiden MH17, Najib memilih pendekatan berlainan. Beliau tidak melatah sebaliknya berusaha mengadakan rundingan dengan pihak pemisah dan melakukannya dengan segera.

Najib memilih diplomasi secara merahsiakan rundingan yang sedang dijalankannya. Beliau melakukannya dengan teliti tanpa memihak atau campur tangan dalam kekalutan politik tempatan negara terlibat, dan tetap terus berkomunikasi dengan Rusia dan Ukraine.

Tanpa menuding kesalahan kepada mana-mana pihak, Perdana Menteri menumpukan usahanya dengan menelefon sendiri ketua pemimpin pemisah berkenaan. Najib juga mengarahkan beberapa menterinya mendapatkan kebenaran agar pasukan penyelamat dan penyiasat dapat memasuki kawasan di mana pesawat itu terhempas.

Najib sebenarnya telah melakukan kebijaksanaannya dengan berunding terus dengan Borodai, meskipun negara-negara barat tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

Malahan kerajaan Rusia mengucapkan terima kasih dan memuji kerajaan Malaysia kerana bersikap berkecuali berhubung insiden MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.

Pihak keluarga mangsa turut menghargai usaha dan kesungguhan pihak kerajaan yang bekerja keras menunaikan permintaan anggota keluarga mangsa yang ingin melihat sendiri jenazah ahli keluarga mereka yang terkorban.

BIJAK DAN STRATEGIK

Presiden pertubuhan bukan kerajaan International Movement For A Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar menyifatkan tindakan Najib sebagai satu langkah bijak dan strategik.

“Bagi saya, mencapai persetujuan dengan ketua yang menguasai kawasan di mana pesawat terhempas sebagai satu langkah bijak dan strategik. Ucap tahniah kepada Perdana Menteri (Najib) kerana berjaya melakukannya … saya gembira kita mencapai persetujuan ini bukan sahaja bagi pihak mangsa rakyat Malaysia tetapi juga mangsa dari negara-negara lain”, katanya.

Beliau turut mengulas, ada dua sebab mengapa Borodai memilih untuk berurusan dengan Malaysia berbanding pihak lain.

Sebab pertama ialah kerana sikap negara-negara barat yang memandang Borodai sebagai musuh dan pesalah, menjadikan Malaysia dilihat sebagai negara yang lebih adil dan tidak berpihak.

“Kita (Malaysia) sedar kepentingan untuk berunding terus dengan mereka daripada kerajaan Kiev kerana Kiev sendiri terlibat dalam konflik itu. Kita telah melakukan perkara yang betul berunding terus dengan pemberontak daripada kerajaan Kiev”, jelasnya.

Chandra juga percaya kesan persetujuan itu akan membuka jalan kepada penyelesaian kepada pergolakan yang sedang berlaku.

Tambah beliau, rakyat negara ini harus memahami isu sebenar di sebalik konflik yang melanda wilayah ini agar tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang berita yang tidak tepat.

“Saya berpendapat pendirian yang didokong oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan adalah pendirian yang munasabah. Kita tak mahu terlibat dalam politik antara Ukraine, Rusia, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, kita tak mahu terlibat dalam keadaan itu.

“Apa yang kita mahu sekarang setelah berlakunya tragedi ini ialah kita dapat membawa pulang jenazah mangsa-mangsa yang tidak berdosa yang dibunuh… itu yang menjadi perhatian kita dan saya fikir kita perlu fokus kepada perkara itu,” katanya.

TIDAK JEJAS HUBUNGAN

Sementara itu, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata pendekatan digunakan Perdana Menteri dalam menangani kes pesawat MH17 bukan sahaja memudahkan lagi laluan mencari jalan penyelesaian bahkan ia tidak menjejaskan hubungan baik yang terjalin selama ini antara Malaysia dengan Ukraine mahupun Malaysia dan Rusia.

Katanya, biarpun pelbagai spekulasi timbul dan kedua-dua negara itu menafikan mereka terlibat dalam insiden malang itu, perbezaan strategi Najib yang tidak mudah melatah menunding jari mencari ‘salah siapa’ sehinggalah penyiasatan lanjut dilakukan telah menarik kepercayaan ketua pemisah itu untuk bekerjasama dengan Malaysia.

Hasil perbincangan yang membuahkan kejayaan itu, seharusnya dijadikan iktibar kepada mana-mana kuasa besar supaya mengambil pendekatan serupa dan mengenepikan segala hal berkaitan agenda politik terutamanya apabila berhadapan tragedi yang melibatkan lebih satu negara daripada saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

“Ugut-mengugut, tuduh-menuduh tidak akan membawa ke mana, tidak ada apa-apa hasil. Tetapi, apabila Perdana Menteri terus berhubung dengan ketua pemisah tiga perjanjian telah dicapai. Kaedah yang digunakan Perdana Menteri tidak memburukkan lagi keadaan tetapi memudahkan lagi kita merungkai masalah.

“Kekuatan politik Najib ternyata kuat kerana berani menongkah arus kehendak kuasa-kuasa besar yang menyalahkan puak pemisah dan Rusia. Ini kerana tiada satu kuasa besar pun seperti Amerika Syarikat, Australia malah Belanda sekali pun tidak mahu menghubungi ketua pemisah itu.

“Ini membuatkan Alexander Borodai percaya kepada Malaysia dan memberi persepsi bahawa Malaysia boleh memainkan peranan (tidak berpihak) walaupun mempunyai kepentingan dalam hal ini,” katanya.

KERJASAMA NEGARA-NEGARA MANGSA TRAGEDI

Sementara itu, Chandra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JUST berkata; “Secara bersama kita perlu mengenakan tekanan ke atas Washington DC, kita patut menekan Moscow, Kiev supaya menyatakan kebenaran, untuk membantu semua pihak mencari kebenaran. Kita perlu melakukannya dengan pihak lain kerana negara lain turut terlibat”.

Untuk usaha itu, beliau berpendapat Malaysia dan Belanda adalah dua negara yang layak mengetuai gerakan ini.

JUST juga mencadangkan agar data radar ketenteraan milik Ukraine, Rusia dan Amerika Syarikat yang meliputi kawasan kejadian turut didedahkan untuk melancarkan proses siasatan.

“Untuk keluarga mangsa-mangsa MH17 crash dan dunia keseluruhannya, data tentera itu mungkin boleh memberi jawapan kepada tragedi yang berlaku”, menurut kenyataan itu.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

EPL: Salah selamatkan maruah Liverpool

Liverpool terus berpaksikan kepada kualiti Mohamed Salah yang menyumbangkan dua gol untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas Southampton di Stadium St Mary.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla

Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.

Thailand mencatatkan lebih 30 juta pelancong asing sehingga pertengahan November menjana RM183.6 bilion

Thailand merekodkan lebih 30.56 juta pelancong asing sehingga pertengahan November, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, di landasan untuk memenuhi sasaran setahun penuh 36.7 juta pelancong asing, menurut data rasmi pada hari Selasa 19 November 2024.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Ada 2 biji pil kuda sudah kira pengedar dadah di Thailand

Individu yang memiliki lebih daripada sebiji pil kuda semasa tangkapan dijalankan sudah dikira sebagai pengedar dadah mengikut undang-undang di Thailand.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

Serangan bom motosikal mencederakan lima pegawai polis di Pattani

Serangan letupan menyasarkan trak polis di Pattani semalam, mencederakan lima pegawai apabila bom yang dipasang pada motosikal diletupkan dari jauh. Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang, 14 November, berhampiran Jambatan Tanyong Dalo di daerah Yaring.

Harga kelapa membuka banyak peluang untuk petani di Trang

Petani kelapa di wilayah Trang, Thailand meraikannya apabila harga melambung tinggi, harga kelapa kini mencecah sehingga 20 baht (RM2.55) sebiji, kenaikan berganda berbanding harga sebelumnya. Peralihan pasaran yang lumayan ini menjanjikan pendapatan melebihi 30,000 baht (RM3,832.09) bagi 1 hektar, menarik minat daripada peniaga yang ingin membeli keseluruhan ladang.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: