Seorang maut apabila kereta Honda yang dipandu terbabas lalu terbalik di Jalan Batang Kali Genting Highland.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa dari kereta yang remuk teruk akibat kemalangan tersebut.
Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.