ZTE, pengeluar global telefon pintar dan peranti mudah alih, hari ini melancarkan satu lagi keluaran terbarunya di Guangzhou, China. Telefon pintar ZTE Star 2 4G LTE dengan ciri utama peranti kawalan suara. Ciri terbaru ZTE Star 2 termasuk kawalan pintar tahap sistem suara, hiburan mudah alih yang dipertingkatkan dan ciri UI yang terkini.
“ZTE dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ZTE Star 2, yang menawarkan fungsi kawalan suara unggul yang mentakrifkan semula pengalaman telefon pintar,” kata Shi Lirong, Pengarah Eksekutif dan Presiden ZTE Corporation. “Berdasarkan kejayaan Star 1, Star 2 merupakan produk terbaru dari strategi integrasi biometrik suara kami. ZTE komited untuk mengubah kehidupan manusia dan bagaimana mereka berinteraksi dengan peranti mudah alih di era dunia perhubungan melalui internet jalur lebar mudah alih. “
Teknologi inovatif ZTE Star 2 disokong oleh lebih daripada 1000 paten, yang mana 158 adalah berkaitan dengan kawalan suara, menyerlahkan kekuatan teknologi suara pintar ZTE Star 2 dalam industri peranti mudah alih.
Di China, ZTE Star 2 adalah salah satu daripada beberapa alat yang serasi dengan perkhidmatan RCS baru China Mobile. Kawalan suara teknologi ZTE Star 2 akan mengintegrasikan dengan mesej suara dan ciri-ciri panggilan RCS. Ianya menawarkan pengalaman suara tercanggih dan lancar pada platform yang berbeza dalam perkhidmatan RCS China Mobile.
Kawalan Suara Pintar
ZTE Star 2 mempunyai tahap sistem pengecaman suara pertuturan dan penyelesaian yang pertama dalam industri yang berfungsi sepenuhnya walaupun apabila peranti berada di luar talian dan tanpa sambungan rangkaian. Teknologi pengaktifannya menawarkan kadar tindak balas yang pesat hanya 1.2 saat, dengan kadar kejayaan 90% walaupun dalam keadaan suasana bunyi yang tidak normal. Fungsi kawalan suara wide array ZTE Star 2 membenarkan pengguna untuk membuka kekunci peranti melalui nada suara pemilik yang unik. Peranti ini juga menawarkan beberapa fungsi suara pintar bagi tujuan perniagaan dan hiburan, seperti suara-kepada-teks input masa nyata dan fungsi yang membolehkan pengguna memainkan muzik menggunakan arahan suara.
Star 2 juga datang dengan mod memandu yang dipertingkatkan, yang menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan lebih selesa bebas tangan. Mod pemanduan yang mempunyai pelbagai fungsi kawalan suara, seperti navigasi automatik GPS, menjawab mesej, panggilan dan kawalan muzik.
Fungsi kawalan suara ZTE Star 2 ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri gerakan sensing yang menawarkan kemudahan tambahan untuk pengguna. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu meletak peranti pada telinga mereka dan menuturkan nama kenalan untuk membuat panggilan, tanpa perlu mengaktifkan skrin sentuh atau membuka kunci peranti.
UI Rekaan Khas – MiFavor 3.0
ZTE Star 2 adalah peranti pertama yang datang dengan UI terkini MiFavor 3.0, menawarkan skim warna disesuaikan dan telah ditetapkan untuk antara muka pengguna yang lebih menyerlah, bergaya dan rata. Dengan lebih 100 kombinasi yang berbeza untuk dipilih, MiFavor 3.0 mempunyai pelbagai ikon, wallpaper dan pilihan warna.
Reka bentuk minimalis
Direka untuk kawalan suara yang optimum, rekaan menarik ZTE Star 2 di datang dengan bezel nipis (1.18 mm) dan kerangka yang lebih tipis (6.9mm) menawarkan keselesaan untuk kegunaan harian. Ia dibina dengan bingkai aloi aluminium dan skrin 5-inci dwi-lapisan Gorilla Glass 3 untuk ketahanan dan kalis calar.
Pengalaman Hiburan Dipertingkatkan
Bagi peminat fotografi, ZTE Star 2 dilengkapi dengan kamera 13 megapiksel belakang, bukaan aperture f/2.0 dengan dual LED flash. Kamera hadapan 5 megapiksel yang dilengkapi dengan 88° kanta sudut lebar ultra dan aperture f/2.2, yang sempurna untuk selfies kumpulan. Kamera boleh dikawal menggunakan suara, senyuman, pemasa dan sentuhan, pengguna boleh melancarkan aplikasi kamera dengan melukis ‘C’ pada skrin.
ZTE Star 2 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 801 dengan CPU quad-core 2.3GHz, pemproses peringkat premium yang menawarkan paparan imej yang lebih tajam, prestasi yang lebih baik dan jangka hayat bateri yang hebat. Ia datang dengan ROM 16GB +memori dalaman RAM 2GB dan bateri 2300mAH.
Ketersediaan
ZTE Star 2 boleh dibeli melalui beberapa platform dalam talian di China dari 18 Disember 2014, berharga 2.499 RMB. Maklumat lebih lanjut mengenai ketersediaan di pasaran luar China akan diumumkan pada satu tarikh kemudian.