Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia, penerbangan QZ8501 yang tenggelam di dasar laut didapati berada dalam keadaan baik, menurut pihak berkuasa Indonesia, Isnin.
Kotak hitam itu akan dihantar ke Jakarta untuk dianalisis.
“Perakam data penerbangan telah ditemui,” kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Negara (Basarnas) Bambang Soelistyo pada sidang akhbar, Isnin.
Tambahnya, kotak hitam itu ditemui di bawah sayap pesawat malang Airbus 320-200 yang terhempas pada 28 Disember di Laut Jawa.