Waze baru-baru ini mengumumkan bahawa ia kini sebahagian daripada Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS) dengan pilihan prapasang pada peranti mudah alih. Ini bermakna bahawa masa akan datang sekiranya anda membeli peranti Android, ia di datang tersedia dengan aplikasi Waze.
Waze tidak seperti aplikasi navigasi biasa, ianya bersumberkan dari keseluruhan pengguna, yang bermaksud bahawa penggunanya dapat memberikan input masa nyata seperti keadaan lalu lintas, atau terdapat kerja-kerja membaiki jalan, kemalangan yang berlaku dihadapan dan sebagainya.
Peranti yang telah tersedia dengan aplikasi Waze sebaik sahaja digunakan menguntungkan, bermakna aplikasi akan digunakan oleh ramai pengguna peranti mudah alih, dan lebih ramai pengguna Waze maka maklumatnya akan lebih tepat.
Tidak seperti ‘Google Maps’, ianya tidak menunjukkan insiden lalu lintas seperti pada Waze, pengguna daripada ‘Google Maps’ juga tidak dapat menghantar laporan kejadian menggunakan applikasi ‘Google Maps’.